I'm: a caliph of Allah SWT, an ummah of RasuluLlah SAW. (:




Sunday, October 23, 2011

I ask Him to be strong.


BismiLlah ar-Rahmaan ar-Raheem. Wa ssolaatu wa ssalaam 'ala lHabeeb RasuliLlah s.a.w.


I knew,

He's strong, and The Strongest One.

That's why, i ask Him.

Just Him.


Dia Kekuatanku, Kekuatanmu!



Nothing in life is free, and i'm trying to pay affordably.

O Allah, please give me strength to be a good servant of You,

and keep smiling.



Buddy: Lovely Avocado Juice. (: Thanks Avo!

Saturday, October 22, 2011

RahsiaMu.

Dia Yang Maha Berhak, menemukan dan memisahkan. Segalanya berhikmah.




Allah,


RahsiaMu jauh, tak terpandang akan aku.


RahsiaMu luas, tiada sedikit.


RahsiaMu indah, cantik amat.


Mendepani belantara kasyaf buat selongkar, kudratku hanya Hawa.


Tapi,


Kau taliku.


Kau aku percaya.


Kerana,


Kau lebih dekat dari urat leherku.


Kau lihat kisah-kisah hatiku.

Kau nampak hujan dari tubir 'uyunku.


Kau lebih tahu segala.




**
Jika kau datang bertanyakan raga ini, jiwanya merisik nada perih; "Sungguh, aku bukan hadir untuk persuliti kamu. Aku juga berdarah, sepertimu. Mungkin lebih dulu bernanah."


Kekadang pena dan kata tidak lebih melain memasyghul asa, kerana hati telah lama berbicara.
**


Ku mahu selalu di dekat Mu, dalam dakap rahimMu. Selamatkan hatiku, wahai Yang Membolak-balikkan qulub. Tiada lain yang ku inginkan, kecuali cahaya.


Rinduku selamanya untuk Rabb-ku, tiada pernah tertanding dengan yang lain.




-----


"Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah."
{An-Nisa',4: 32}


"… Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.
{At-Talaq, 65: 2-3}


Ikhlas dalam bersabar itu indah sebenarnya. (:



Peneman malam: Teh O Ais dan Cornflakes Madu Panas. =) Thanks both!

Wednesday, August 31, 2011

Ramadhan melambai pergi, Shawal datang mengganti.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar. laa Ilaaha illaLlah HuwaLlahu Akbar. Allahu Akbar wa liLlahi lhamd! :')


Tamat sudah kelana Ramadhan di Morocco waktu Maghrib malam tadi. Dia pergi dengan arahan Tuhannya. Dia melambai dengan lambaian nasihat dan amanat terakhir.. katanya,. "Kamu diciptakan atas nama cinta Tuhanmu Yang Menciptakan. Kamu dicipta utk mengabdi diri kpd Dia.. mengabdi dengan cinta dan kasih-sayang, bukan dengan keterpaksaan yang meletihkan..bahkan dengan kebahagiaan dan penuh kenikmatan. Kamu telah rasainya ketika aku menziarahimu selama satu purnama. Dengan amanat Tuhanku, jagai lah 'rasa' itu ketika sahabatku Syawal beserta sahabat-sahabat lainku yang sepuluh itu datang menziarahimu.. selama mana helaan nafas ada bersamamu. Ingat, aku bukan Tuhan. Aku Ramadhan!"


Ahleyn wa sahlan Syawal yang indah, kau juga kami rindui. Kau bawakan kami hadiah kemenangan dan kegembiraan yang tak ternilai dari Tuhan, bersama wajahmu yang berseri-seri. Syukur kami kepada Tuhan, Allah sekalian alam!


T9abbalaLahu minnaa o minkoum jamee3a! 3wacher mabrouk 3likom kamlin <3 Salam lebaran. Selamat Hari Raya, maaf lahir batin. (:


***


Ramadhan, aku kini sudah sangat rindu akan madrasah dan tarbiyahmu. Aku rindu pada pintu-pintu syurga yang dibuka luas dan tutupan pintu-pintu neraka sepanjang hari. Ramadhan, doakan aku istiqamah untuk berjalan menuju Allah serta menghormati sahabat-sahabatmu ketika mereka menziarahi aku, sepertimana aku menghormatimu.

Thursday, August 25, 2011

Hamdalah wa syukruliLlah :)

BismiLlah ar-Rahmaan ar-Raheem.

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya ..." { at-Tin ; 4 }

Dengan nama Allah yang Maha Menciptakan, ku bersyukur kepada-Mu wahai Tuhanku kerana mewujudkan dan menjadikan aku sebagai manusia di atas muka bumi-Mu ini Ya Allah. Dengan kasih sayang dan cintaMu, Kau jadikan aku sebagai seorang manusia.. sebaik-baik makhluk di antara makhluk-makhlukMu, sebagai darjat tertinggi di sisi-Mu Ya Rahman.

Lalu, apakah aku ini makhlukMu yang selalu sahaja bersyukur atas segala kurnian-kurniaan dan hadiah-hadiah yang Kau datangkan kepadaku selama Kau pinjamkan helaan nafas untuk aku menikmati kejadianMu dan alamat-alamat kebesaranMu? Lalu.. apakah aku ini makhluk yang mengecewakanMu dalam amalan dan tindakanku selama meniti hari-hari yang Engkau hadiahkan, melupakanMu selama kerdipan-kerdipan mataku bergerak?

Allah, aku ini hambaMu. Kerdil, hina dina, banyak lemahku, sering khilafku terbuat. Maka ya Allah, tiada lain dalam hari-hariku melainkan aku meminta dariMu sebanyak-banyaknya keampunan dan kasih-sayangMu. Ku mohon dariMu Ya Syakuur, jadikan aku manusia bersyukur. Jadikanlah aku manusia yang sangat banyak bersyukur, dalam susahku mahupun senangku, dalam miskinku mahupun kayaku, dalam dukaku mahupun bahagiaku. Ya Qawwiy, kuatkan aku pada jalan redhaMu. Kuatkan aku menghadapi semua mehnah dan tribulasi hidup yang memanjang dan tak bertepian. Kuatkan hati dan jasadku untuk menterjemahkan syukurKu dalam setiap keadaan yang Kau berikan. Sungguh ya Allah, ku tahu semuanya tersembunyi seribu satu makna tersirat dan tersurat yang Engkau mahu hadiahkan kepadaku, hamba dini ini.

"Jika kamu menghitung-menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan dapat menentukan jumlahnya (menghitungnya). Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang" { an-Nahl ;18 }

Ya Khaliqul 'Azim, golongkanlah aku ke dalam golongan manusia yang tahu menilai hadiah-hadiahmu. Aku mohon ya Allah, jadikan aku manusia yang faham asalku diciptakan. Wahai Yang Maha Membolak-balikkan hati, Kau tetapkan hatiku atas jalan agama-mu serta ketaatan dan kelazatan beribadah kepada-Mu. Jadikanlah aku manusia berjiwa hamba, hamba yang selalu merasai kebaikan Tuannya dan mensyukuri kasih dan cinta Tuannya. Ku mohon lagi buat kesekian kalinya, jadikanlah aku seorang hamba yang indah dan cantik di pandangan-Mu, Tuanku.

Ku ingin sekali menjadi makhluk terbaik, sepertimana firmanMu dalam kitab cintaku. Jauhkan aku dari futur, rapatkan aku kepada syukur. Aku mohon..

Sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang bersyukur” {as-Saba' ; 13} .

***

Sangat rindu pada tarbiyyah Abah. Dia Murabbi terpilih dan tak akan terganti, moga segala curahan ilmu dan pengorbanan dinilai tinggi di sisi Yang Maha Kaya. Moga Allayarham tenang dan bahagia bersama para solehin di samping Pencipta. Angah kasih dan rindu Abah sangat-sangat. Ramadhan ini mencicipkan sejuta ingatan dan doa untuk Abah. Al-Fatihah...

Abah, inspirasi dan kekuatanku. Mak pasti lebih sangat rindukan Abah berbanding anak-anak, kan Mak. Moga Allah kuatkan Mak. Anak-anak Mak selalu ada di sisi Mak, biizniLlah. :)

Sunday, May 1, 2011

Allah selamatkan kamu, Bonda!

pon...pon... posto! posto!

Ada surat untuk Bonda ...<3

13042011, Choc berry mommyface cake siap! ^___^
Naaah, angoh suap sepotong je okee! :P
Gambar aje terlebih sudaa, rasanya entah hape-hape  laa :D

Hanya ini yang mampu Angoh buat, secubit pun tak mampu membalas lautan kasih dan cinta Mok. Apa yang Angoh harapkan, agar Allah meredhai segala yang tercurah. Moga cinta Allah mengiringi tiap-tiap helaian nafasmu, Bonda.

Happy 46th Birthday, Mok a.k.a Besday-Gurl yang comel! <3

Wahai Allah... selamatkan dia, Bondaku di kedua daerah milik-Mu. Ameen ya Salaam, ya Rahmaan wa ya Raheem.


Di dalam al-Adab al-Mufrad[1] al-Imam al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadith daripada Ibn ‘Abbas R.A. yang didatangai seorang lelaki dan bertanya:
إنِّي خَطَبْتُ امرَأةً فَأبَتْ أن تَنْكِحَنِيْ, وَخَطَبَهَا غَيْرِيْ فَأحَبَّتْ أن تَنْكِحَهُ, فَغِرتُ عَلَيْهَا فَقَتَلْتُهَا, فَهَلْ لِي مِنْ تَوْبَةٍ؟ قال: أُمُّكَ حَيَّةُ؟ قال: لَا, قال: تُبْ إلى اللهِ عَزَّوَجَلّ, وَتَقَرَّبْ إلَيْهِ مَا اسْتَطَعْتَ. قال عطاء من يسار: فَذَهَبْتُ فَسَألْتُ ابنَ عَباسٍ: لمِاَ سَألْتَهُ عَن حَيَاةِ أمِّهِ؟ فقال: إنِّيْ لَا أعْلَمُ عَمَلاً أقْرَبُ إلى اللهِ عَزَّوَجَلَّ مِنْ بِرِّ الْوَالِدَةْ.
Maksudnya: “Aku telah meminang seorang wanita, akan tetapi ia tidak menerima pinangan-ku, kemudian wanita itu dipinang oleh lelaki lain, dan wanita itu menerimanya, maka timbul perasaan cemburu aku terhadap wanita itu, lalu aku membunuhnya. Apakah bagi-ku ada peluang (diterima) taubat? Ibn ‘Abbas bertanya: “(Apakah) Ibu-mu masih hidup?” Jawab lelaki itu: “Tidak.” Kata Ibn ‘Abbas: “Bertaubatlah kepada Allah A.Z.W.J. dan hampirkanlah diri kepada-Nya semampu-mu.” ‘Atho bin Yasar berkata: “Aku pergi bertanya kepada Ibn ‘Abbas: “Mengapa anda bertanya kepada lelaki itu apakah ibunya masih hidup?” Jawab Ibn ‘Abbas: “Sesungguhnya aku tidak mengetahui adanya satu amalan yang lebih hampir kepada Allah A.Z.W.J. lebih daripada berbuat baik kepada ibu.” [2]

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya sudah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedangkan tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan." {Surah al-Ahqaf : 15}.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: "Aku pernah bertanya Rasulullah SAW: Apakah amalan paling utama? Baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjuang pada jalan Allah. Kemudian aku bertanya lagi kepada baginda, semata-mata ingin menemani dan menjaga perasaan Baginda." (Riwayat Muslim)


bintulwalideyn, sila usaha untuk;
1- Solat awal waktu.
2- Berbakti/ buat baik kepada Mak dan doakan Abah selalu.
3- Jihad di jalan Allah Ta'ala.

____________________________________________________________________

[1] Al-Adab al-Mufrad adalah tulisan al-Imam al-Bukhari selain Sahih al-Bukhari. Akan tetapi hadith-hadith di dalam kitab ini, al-Imam al-Bukhari tidak mensyaratkan sahih sepertimana hadith-hadith di dalam kitab sahihnya (al-Jami’ al-Sahih).


[2] Al-Suyuthi menyebut hadith ini di dalam al-Dur al-Manthur, dan al-Albani mensahihkannya di dalam al-Silsilah al-Sahihah.